Pages

Sunday, November 15, 2009

Sony Rolly, Mp3 Menari




Sony mengeluarkan gadget hiburan bernama Rolly (SEP-10BT). Dengan rupa bentuknya seperti telur , gadget ini merupakan kombinasi robot kecil dan teknologi mp3.

Rolly menawarkan cara baru di dalam menikmati muzik. Gadget ini hanya memiliki 2 tombol yaitu tombol power dan tombol play, sedangkan fungsi lainnya dijalankan dengan memutar dan memusingkan gadget ini. Gadget ini juga boleh menari mengikuti irama muzik yg dikeluarkannya.

Jangan hairan jika gadget kecil dengan berat hanya sekitar 300 gram ini dapat menghasilkan suara surround, termasuk juga di dalamnya terdapat fungsi Bluetooth dan USB, ATRAC dan MP3 format musik, dan memorinya sebesar 1GB.



5 Sistem Operasi Linux yang Terbaik



Terdapat banyak sistem operasi yang dikeluarkan linux yang pada masa kini sudah banyak digunakan di dunia. Selain percuma, linux berjaya menambat hati penggunanya dengan sistem operasinya yang gempak dari kelajuannya, performance dan juga free virus. Terdapat terlalu banyak sistem operasi linux hasil daripada sumber terbuka (opensource) seperti OpenSUSE, Ubuntu dan sebagainya..


OpenSUSE




Website : www.opensuse.org
Download : openSUSE 11.2 32Bit


Ubuntu




Website : www.ubuntu.com
Download : Ubuntu 9.10 32Bit


Fedora




Website : http://fedoraproject.org
Download : Fedora 11 Desktop Edition


Arch LINUX




Website : http://www.archlinux.org
Download : Arch LINUX 2009.08


Gentoo




Website : http://www.gentoo.org
Download : Gentoo 10.1


Folder Option Hilang?




Sebagai penguna komputer sememangnya pernah berlaku kepada kita apabila Folder Option hilang. Ianya mungkin disebabkan virus atau benda yang tak diingini telah berjangkit pada komputer anda..

Folder option selalunya diguna untuk menukar setting pada folder. ianya juga dapat digunakan untuk melihat hiden file dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah pergi ke Start Menu, pilih Run dan taip regedit tekan OK. Anda akan dibawa ke Registry Editor


Kemudian pergi ke: [HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]

Di panel sebelah kanan anda akan menjumpai value bernama NoFolderOptions.
Right click pada NoFolderOptions dan pilih DELETE


Seterusnya pergi ke: [HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]

Di panel sebelah kanan anda akan menjumpai value bernama NoFolderOptions.
Right click pada NoFolderOptions dan pilih DELETE


Saturday, November 14, 2009

20 eBOOK Percuma Tentang Bisnes




Bila disebut tentang bisnes, ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai yang mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kiralah sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.

Namun, minat tentang bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok belok dengan dunia bisnes. Macam-macam perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnes ini. Perkara yang paling penting di sini ialah menyediakan satu rancangan perniagaan atau lebih dikenali Pelan Bisnes.

Disini anda berpeluang mempelajari selok belok dalam perniagaan dengan eBOOK yang diberikan secara percuma...

DOWNLOAD eBOOK PERCUMA SEKARANG

Promosi Pasaran Anda di Internet




Promosi adalah proses penting untuk semua jenis perniagaan termasuklah perniagaan internet. Teknik pemasarannya berbeza jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional. Oleh itu sudah tentu teknik promosinya juga berbeza. Di dalam bab ini djelaskan secara terperinci beberapa teknik promosi yang berkesan untuk pemasaran di internet.

TEKNIK PROMOSI SEARCH ENGINE



Search engine atau lebih dikenali sebagai enjin carian adalah kaedah popular di kalangan pengguna internet untuk mencari maklumat. Pengguna hanya perlu memasukkan keyword (kata kunci) di web browser enjin pencari, dan enjin pencari akan menyenaraikan laman web yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Sekiranya laman web anda terletak di kedudukan teratas di senarai laman web tersebut, maka peluang untuk laman web anda dikunjungi pelawat juga cerah.

Contoh enjin pencari adalah seperti;

www.yahoo.com
www.msn.com
www.google.com

Proses untuk membuatkan laman web diindeks dan diletakkan di kedudukan yang baik di enjin carian ialah proses search engine optimization atau ringkasnya SEO. Ia adalah satu proses yang sangat teknikal untuk memastikan laman web diindeks dan ditempatkan di enjin pencari. Proses SEO memerlukan penyelidikan keyword dan pengubahsuaian kod html di dalam page laman web dan isi kandungan laman web.

TEKNIK PROMOSI SEARCH ENGINE PAY PER CLICK

Enjin carian Pay-Per-Click (PPC) adalah kaedah segera untuk menarik pelawat mengunjungi laman web anda. Terlebih dahulu anda dikehendaki menyediakan keyword yang berkaitan dengan isi laman web anda. PPC ini menghendaki anda membida harga tertentu untuk membolehkan laman web anda disenaraikan di enjin carian mereka. Anda dikehendaki membayar harga bidaan yang telah dipersetujui kepada PPC sekiranya laman web anda di kunjungi pelawat.

Diantara laman web Search engine pay-per-click adalah seperti berikut:

www.SearchTimes.com
www.Bay9.com
www.GoClick.com

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh lawati laman web ini; www.payperclicksearchengines.com

TEKNIK PROMOSI OPT-IN

Teknik opt-in adalah teknik terbaik untuk mendapatkan alamat email pelawat. Anda perlu meletakkan satu borang yang di kenali sebagai borang subscriber di laman utama laman web anda. Apabila terdapat pelawat yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk yang anda tawarkan, pelawat akan mengisi nama dan alamat e-mail di borang subscriber. Sebaik sahaja pelanggan klik butang hantar/subscribe, pelanggan akan mendapat maklumat yang di kehendaki melalui e-mail. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima alamat e-mail pelawat tersebut melalui e-mail anda.

Alamat e-mail pelawat tersebut sangat penting untuk anda melakukan proses promosi dan follow up.Dengan teknik ini anda akan bebas daripada melakukan spam kerana pelawat membenarkan anda menghantar pesanan dan follow up kepada e-mail mereka.

Terdapat satu sistem yang boleh membantu anda mendapatkan alamat e-mail pelanggan (opt-in) dan menghantar maklumbalas secara berkala dan automatik. Sistem tersebut dikenali sebagai sistem autoresponder.

Autoresponder

Autoresponder adalah satu sistem yang membolehkan anda menghantar message, fail, e-book dan sebagainya melalui email secara automatik. Salah satu elemen penting sistem autoresponder ialah borang yang dikenali sebagai borang subscriber. Borang ini di pasang dan akan dipaparkan di laman web utama anda. Pelawat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk anda akan mengisi borang tersebut.

Maklumat yang biasanya perlu pelawat isi adalah nama pelawat dan email pelawat. Sebaik sahaja pelawat klik butang hantar/submit/subscribe, pelawat akan mendapat maklumat seperti dikehendaki secara berkala melalui e-mail. Anda boleh menetapkan kandungan e-mail dan menetapkan bila masa e-mail tersebut perlu dihantar. E-mail yang dihantar mestilah mengandungi follow-up. Perlu diingat, sukar untuk melakukan jualan terhadap pelawat yang pertama kali mengunjungi laman web anda. Di sinilah peranan penting autoresponder yang akan membuat follow up secara automatik.

Faedah Sistem Autoresponder

* Sistem ini akan memudahkan anda menghantar e-zine atau newsletter mengikut sela masa yang telah anda tetapkan secara automatik.
* Sistem ini akan membuatkan perniagaan e-dagang anda kelihatan profisional.
* Dapat menjalankan proses follow up kepada pelanggan secara automatik. Secara tidak langsung ia akan menambahkan keberkesanan proses promosi anda.
* Dapat menguruskan subscriber yang ramai dengan mudah dan berkesan.

Sumber Sistem Autoresponder

Sistem autoresponder boleh didapati dari berbagai sumber seperti menggunakan software autoresponder, menggunakan script dan menggunakan perkhidmatan penyedia sistem autoresponder pihak ketiga.

Software Autoresponder

Software perlu di pasang di komputer anda terlebih dahulu. Contoh software yang perlu dipasang adalah seperti Turbo Email Answer & Autoresponder. Kaedah ini kurang sesuai untuk kegunaan pemasaran di internet kerana kurang praktikal.

Menggunakan Script Autoresponder

Kaedah ini memerlukan anda memasang script sistem autoresponder ke web hosting anda. Script ini boleh didapati secara percuma di laman web seperti http://www.phplist.com . Script percuma ini mempunyai kebolehan penggunaannya yang terhad. Anda juga boleh mendapatkan script ini daripada penyedia script berbayar seperti di http://www.autoresponseplus.com. Script ini mempunyai kebolehan penggunaan yang lebih baik daripada script percuma.

Dengan menggunakan kaedah ini anda dapat mengawal sepenuhnya pengurusan sistem autoresponder, dapat menguruskan pelbagai kempen mailing list dan dapat menyimpan jumlah mailing list yang besar tanpa caj tambahan atau yuran.

Kaedah ini tidak sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan komputer kerana pemasangan script memerlukan proses teknikal yang agak rumit. Anda perlu tahu menyelenggara kerosakan yang mungkin berlaku pada script dan database. Dengan menggunakan kaedah ini server anda berisiko disenaraihitamkan kerana melakukan SPAM sekiranya anda menghantar terlalu banyak e-mail kepada mailing list anda. Selain daripada itu kemungkinan e-mail yang dihantar, masuk ke JUNK/SPAM box atau tidak dapat dihantar adalah tinggi.

Jika server hosting bermasalah anda tidak akan dapat mengakses ke sistem autoresponder anda. Perlu diingat, anda perlu selalu melakukan back-up serta memantau sistem autoresponder anda supaya sistem sentiasa berfungsi dengan baik.

Sistem Autoresponder Pihak Ketiga (3rd Party)

Menggunakan sistem autoresponder pihak ketiga bermaksud menggunakan perkhidmatan autoresponder daripada penyedia sistem autoresponder. Perkhidmatan autoresponder ini ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Menggunakan sistem autoresponder 3rd party berbayar

Kaedah ini adalah yang terbaik untuk perniagaan internet kerana kaedah ini mudah diselenggara dan mudah dipasang. Anda tidak perlu risau memikirkan masalah teknikal server hosting anda kerana sistem ini tidak dipasang di web server anda tetapi dikendalikan secara profisional oleh kakitangan dan kepakaran penyedia sistem autoresponder 3rd party.

Pemasangannya mudah, anda hanya meletakkan code HTML (code borang opt-in) yang disediakan ke laman web anda. Apabila pelawat mengisi borang tersebut, pelawat akan menerima e-zine, newsletter atau mesej di e-mail mereka mengikut sela masa yang anda telah tetapkan secara automatik. Kadar mesej, ezine atau newsletter akan dapat disampaikan kepada pelanggan melalui email adalah tinggi kerana kerjasama yang baik antara penyedia sistem autorespoder 3rd party dengan penyedia e-mail.

Kaedah ini hanya sesuai jika anda telah mempunyai pelanggan yang ramai dan menghasilkan jualan yang tinggi. Ini adalah kerana anda perlu membayar kos yuran bulanan atau tahunan yang tinggi kepada penyedia sistem autoresponder 3rd party berbayar tersebut. Ada yang mengenakan yuran bergantung kepada jumlah mailing list. Contoh Penyedia Sistem Autoresponder 3rd Party berbayar ialah http://www.GetResponse.com.

Menggunakan sistem autoresponder 3rd party percuma

Kaedah ini sesuai untuk anda yang baru hendak memulakan perniagaan internet dan tidak mempunyai cukup modal kerana penyedia sistem autoresponder 3rd party ini tidak mengenakan sebarang caj yuran bulanan atau tahunan. Cara pemasangan dan penyelenggaraan juga mudah. Anda tidak perlu memasang script ke web hosting anda. Anda hanya perlu meletakkan code HTML (code borang opt-in) yang disediakan ke laman web anda.

Sebelum itu anda dikehendaki mendaftar secara percuma dan apabila pendaftaran berjaya anda perlu menetapkan beberapa perkara seperti mesej, e-zine dan newsletter yang perlu dihantar kepada pelawat dan menetapkan julat masa penghantaran.

Untuk perniagaan internet yang telah mempunyai pelanggan yang agak ramai, kaedah ini tidak begitu efektif kerana email yang dihantar kepada pelanggan akan mengandungi iklan-iklan daripada penyedia Sistem Autoresponder 3rd Party Percuma tersebut. Ini menyebabkan perniagaan e-dagang anda kelihatan kurang berkredibiliti.

Contoh penyedia Sistem Autoresponder 3rd Party Percuma ialah seperti http://www.freeautobot.com.

TEKNIK PROMOSI MAJALAH ELEKTRONIK (EZINE)

Salah satu cara untuk menarik minat pelawat supaya membeli produk yang anda tawarkan ialah dengan menulis rencana di dalam majalah elektronik (ezine). Perlu diingat bahawa kebanyakan pelawat melayari internet adalah untuk mencari maklumat, bukannya untuk membeli produk.

Sekiranya anda menyediakan maklumat yang dicari-cari oleh pelawat dan berkaitan dengan produk anda, kemungkinan pelawat tersebut akan menjadi pelanggan anda. Ezine boleh diberikan secara percuma kepada pelawat yang mengisi borang subscribe di laman web anda.

Anda perlu menyediakan seberapa banyak ezine yang mengandungi maklumat berkaitan produk anda dan meletakkannya di sistem autoresponder anda. Kesemua ezine perlu di hantar berperingkat-peringkat mengikut masa yang anda tetapkan. Pelanggan akan rasa dihargai kerana mendapat follow up berterusan daripada anda.

TEKNIK PROMOSI MENGGUNAKAN SISTEM AFFILIATE

Program affiliate adalah satu teknik pemasaran yang berkesan di dalam perniagaan internet. Di dalam program affiliate anda melantik agen-agen untuk memasarkan produk anda. Anda perlu memberi komisyen kepada agen jualan anda untuk setiap jualan. Setiap ajen jualan yang berdaftar dengan anda anda akan diberikan alamat web affiliate yang serupa dengan laman web anda. Perbezaannya adalah pada alamat laman web anda dengan alamat laman web affiliate ajen anda.

Contoh alamat web affiliate, http:www.domainanda.com/index.php?ref=usernameagen

Dimana ref = kod rujukan ajen dan usernameagen = ID ahli affiliate

Pelanggan yang dibawa melalui web affiliate akan menyimpan cookies di komputernya. Apabila pelanggan tersebut membuat belian, sistem akan merekod butiran agen, menyemak jumlah jualan dan mengira komisyen secara automatik. Agen jualan anda hanya perlu mempromosikan dan segala proses pembayaran, pembungkusan, penghantaran dan segala urusniaga dengan pelanggan di buat oleh anda.

Untuk memudahkan anda menguruskan bakal agen-agen anda yang ramai, anda memerlukan sistem affiliate yang boleh beroperasi secara automatik. Anda boleh memasang sendiri sistem affiliate di laman web anda jika anda mempunyai kepakaran kerana proses pemasangannya begitu teknikal. Sistem affiliate juga boleh didapati daripada penyedia perkhidmatan affiliate yang berbayar. Anda akan dikenakan yuran bulanan/tahunan.

Diantara penyedia sistem affiliate adalah seperti:

http://www.myaffiliateprogram.com

http://www.cj.com

http://www.linkshare.com

Anda juga boleh memasang sendiri sistem affiliate yang boleh didapati daripada penyedia script sistem affiliate berbayar. Anda hanya dikenakan bayaran untuk membeli script sistem affiliate tersebut. Setelah memasangnya di web server, anda boleh terus menggunakannya tanpa bayaran yuran bulanan atau tahunan. Salah satu contoh script sistem affiliate berbayar adalah seperti Post Affiliate Pro yang boleh didapati di http://www.qualityunit.com/postaffiliatepro.

Ada juga script sistem affiliate yang percuma. Contoh script percuma ialah Post Affiliate yang boleh didapati dan di download di http://www.qualityunit.com/postaffiliate/download. Ia adalah script daripada perisian sumber terbuka (open source).

TEKNIK PROMOSI DENGAN MENYERTAI FORUM DAN NEWSGROUP

Forum dan newsgroup adalah tempat untuk menojolkan kredibiliti diri anda dan peniagaan internet anda. Tidak rugi menyertainya dan anda akan mudah dikenali sekiranya anda kerap mengambil bahagian dalam perbincangan dan menjawab segala persoalan daripada peserta lain. Kekerapan anda mengambil bahagian akan menaikkan lagi kredibiliti anda.

Anda tidak digalakkan melakukan promosi perniagaan anda di forum dan newsgroup. Ini akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peserta-peserta lain dan akan menyebabkan anda dipulaukan. Anda digalakkan meletakkan tandatangan digital anda di akhir jawapan dan perbincangan anda.

Tandatangan digital itu perlu di linkkan ke laman web anda. Sekiranya pelawat berminat untuk membaca ulasan dan perbincangan anda dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai siapa diri anda dan perniagaan anda, pelawat berkemungkinan besar akan klik pada link yang terdapat di tandatangan digital anda.


TEKNIK PROMOSI MELALUI BLOG

Blog adalah seperti sebuah jurnal laman web yang mempunyai banyak maklumat khusus. Anda perlu membina blog anda sendiri dan meletakkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk membina blog percuma sila lawati http:www.blogger.com. Blogger.com adalah salah satu penyedia blog percuma terkenal yang mempunyai 300,000 ahli berdaftar.

Menulis blog boleh diumpamakan sebagai menulis diari harian anda. Bezanya blog diisi dengan maklumat berguna yang ada kaitannya dengan produk yang anda tawarkan. Maklumat yang terbaru akan dipaparkan di kedudukan teratas berserta dengan tarikh dan masa maklumat itu dimuatkan. Maklumat yang terdahulu akan di susun di ruangan pautan.

Blog adalah tempat utama pelawat mendapatkan maklumat segera. Peluang ini mesti anda gunakan dengan meletakkan maklumat berkaitan produk yang anda tawarkan dan meletakkan link yang dihubungkan ke laman web anda. Ia bertujuan supaya pelawat yang mengunjungi blog anda untuk mendapatkan maklumat tertarik dengan maklumat anda dan seterusnya pelawat akan klik ke link laman web jualan produk anda.

TEKNIK PROMOSI UNIQUE SELLING PROPOSITION (USP)

Unique selling proposition ialah sepotang ayat yang digunakan sebagai slogan perniagaan anda. Contoh slogan adalah seperti ‘Sumber Rujukan E-Dagang Anda’. USP juga boleh dikatakan sebagai kenyataan yang membezakan perniagaan anda dengan pesaing-pesaing perniagaan anda.

USP perlu unik kerana disebabkan keunikan tersebut pelawat akan memilih produk anda dan bukan dari pesaing anda. Dalam proses promosi, gabungan antara USP dengan laman web perlu dilakukan untuk mendapatkan lebih keberkesanannya.

Untuk mencipta USP anda perlu mengenalpasti, apakah perkara-perkara yang biasanya sukar untuk dipenuhi di dalam pasaran niche anda. Contoh: Perkara yang biasanya sukar untuk dipenuhi dalam perniagan e-dagang adalah seperti memberikan maklumat yang paling lengkap dan paling berkesan. Apakah penyelesaian masalah tersebut, maka terhasillah slogan ‘Sumber Rujukan E-Dagang Anda’.



Commands Berguna Untuk Buka Applikasi Windows



Adakah anda pernah menggunakan kemudahan RUN dalam windows?. Selalunya penggunaan RUN dalam windows tidak digunakan. Untuk pengatahuan semua RUN digunakan sebagai shortcut untuk membuka aplikasi didalam windows.

Untuk menggunakan fungsi ini perlulah pergi ke Start Menu >> Run atau dengan menekan shortcut key ( WINDOWS + R)dan memasukan commands dibawah untuk membuka aplikasi didalam windows.

Run Commands
appwiz.cpl -- Used to run Add/Remove wizard
Calc --Calculator
Cfgwiz32 --ISDN Configuration Wizard
Charmap --Character Map
Chkdisk --Repair damaged files
Cleanmgr --Cleans up hard drives
Clipbrd --Windows Clipboard viewer
Cmd --Opens a new Command Window
Control mouse --Used to control mouse properties
Control --Displays Control Panel
Dcomcnfg --DCOM user security
Debug --Assembly language programming tool
Defrag --Defragmentation tool
Drwatson --Records programs crash & snapshots
Dxdiag --DirectX Diagnostic Utility
Explorer --Windows Explorer
Fontview --Graphical font viewer
Fsmgmt.msc -- Used to open shared folders
Firewall.cpl -- Used to configure windows firewall
Ftp -ftp.exe program
Hostname --Returns Computer's name
Hdwwiz.cpl -- Used to run Add Hardware wizard
Ipconfig --Displays IP configuration for all network adapters
Logoff -- Used to logoff the computer
MMC --Microsoft Management Console
Msconfig --Configuration to edit startup files
Mstsc -- Used to access remote desktop
Mrc -- Malicious Software Removal Tool
Msinfo32 --Microsoft System Information Utility
Nbtstat --Displays stats and current connections using NetBIOS over TCP/IP
Netstat --Displays all active network connections
Nslookup--Returns your local DNS server
Osk ---Used to access on screen keyboard
Perfmon.msc -- Used to configure the performance of Monitor.
Ping --Sends data to a specified host/IP
Powercfg.cpl -- Used to configure power option
Regedit --Registry Editor
Regwiz -- Registration wizard
Sfc /scannow -- System File Checker
Sndrec32 --Sound Recorder
Shutdown -- Used to shutdown the windows
Spider -- Used to open spider solitaire card game
Sfc / scannow -- Used to run system file checker utility.
Sndvol32 --Volume control for soundcard
Sysedit -- Edit system startup files
Taskmgr --Task manager
Telephon.cpl -- Used to configure modem options.
Telnet --Telnet program
Tracert --Traces and displays all paths required to reach an internet host
Winchat -- Used to chat with Microsoft
Wmplayer -- Used to run Windows Media player
Wab -- Used to open Windows address Book.
WinWord -- Used to open Microsoft word
Winipcfg --Displays IP configuration
Winver -- Used to check Windows Version
Wupdmgr --Takes you to Microsoft Windows Update
Write -- Used to open WordPad

Friday, November 13, 2009

Rahsia 10K Kini Terbongkar!



Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk "Pakej Lengkap Rahsia 10K" yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai "blueprint" untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera DISINI SEKARANG JUGA


Friday, June 19, 2009

Serba Baru Pada FIFA Soccer 10



FIFA Soccer 10 merupakan improvement daripada versi yang terdahulu iaitu FIFA Soccer 09 dengan 50 penambahan dari segi grafik kualiti dan cara pengendalian pada versi ini. Terdapan 3 perubahan inovasi yang baru dalam versi ini iaitu true 360° dribbling system. System ini membolehkan pemain mencari ruang pada daripada pihak lawan yang pada amnya tidak ada pada versi terdahulu. Versi in juga menggunakan all-new animation technology yang meberikan effect yang lebih mengkagumkan.





Ronaldinho melompat dan....



Hugo Lloris gagal menepis keluar bola...



Kesan 3D serba baru.



FIFA Soccer 10 juga boleh didapati untuk konsul seperti Sony PlayStation 3, Xbox360, Wii, PlayStation 2, Nintendo DS dan PSP.